Thursday, July 9, 2009

Dah 3 tahun laa..

We are celebrating our 3rd wedding anniversary today..(late entry)

Dear hubster

Thank you for all the love, laugh and life... i love you lotss!



Wednesday, June 24, 2009

Bye-bye my maid....


AerniTheMaid leaving us for good..
She started jaga Nabila since nabila 7 months..kira macam nabila membesar depan mata dia..and Nabila pun dah attached dengan dia...sedey gak la aku rasa..she was good in taking care of nabila..dan tak banyak bg masalah kat aku..sikit-sikit ada lah but not that serious..bapak dia sedang sakit now and the family waiting for her to come back and bring home some money sbb nak bayar kos perubatan bapak dia..

she might not reading this..but " aerni..terima kasih sebab jaga anak-anak saya"
My previous entry made my blog looks funny...so i just delete it...now back to normal already..

Wednesday, June 17, 2009

Testing123

Cuba..


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku





Pada mulanya aku sikit pun tak heran dengan lagu si Faizal Tahir nih..banyak kali jugak dah dengar kat radio, kira macam masuk telinga kanan kuar telinga kira jek lah..

Akn tetapi..semenjak aku cuti maternity..apa lagikan aktiviti yg best dibuat untuk membunuh masa? selain tido, menonton tv adalah salah satu pilihan yg bijak..maka dengan itu aku telah terhook dengan Siri Akasia : Matahari yg ditayangkan jam 6.30 petang dari isnin sampailah khamis..sanggup aku tak bagi Nabila nak tengok program katun kat channel PHDC semata nak memenuhi nafsu aku menonton Matahari..dan hasilnya Nabila pun dah terikut-ikut dengan gerak tangan si Lisdawati semasa intro cerita tersebut..dannnn dari situlah minat akan lagu Cuba ini timbul..mana taknya kalau dah 4 kali seminggu asik dok dengar lagu yg sama..dan anak sendiri pun dah boleh serba sedikit menyanyikan lagu tersebut (di hujung-hujung senikata lagu jek la)..maka dengan rasminya lagu ini telah menjadi santapan halwa telinga aku..

Best gak citer Matahari tuh..toksah la tanya aku citer nih pasal apa..sbb aku malas nak menaipkannya..tu laa sapa suruh tak tengok...

Tapi kalau korang tak tahan sangat nak tgk citer nih..sila lah kunjungi 'SaluranAnda' (read: youtube)..ada juga manusia yg rajin menyediakannya di sana..tetapi untuk episod yg lain silalah carik sendiri yea...

Cuma yg aku boleh bagitahu ialah episod akhir cerita ini especially yg hujung-hujung dah nak habis tuh amatlah menyentuh perasaan..merembes air mata kalau nak diikutkan..hahah

baiklah.itu sahaja review untuk cerita ini...


picture source : google

Tuesday, June 16, 2009

Kisah di tengah pagi

Kisah ini tiada kena mengena dgn mereka yg hidup atau yang telah tiada..idea semata-mata datangnya adalah dr penulis yg tak dapat tido di kala jam 1 pagi..beliau perlu membuat sesuatu agar matanya benar-benar mengantuk dan membolehkannya beliau tido dengan lena.

"... A dan B pernah menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan C. Namun begitu, tidak lama kemudian..C dapat juga menghidu hubungan A dan B. C mengambil keputusan untuk bertanyakan hal itu dengan B , namun begitu B bermati-mati dan sanggup bersumpah mengatakan yg dia tiada hubungan dengan A. Sejak daripada itu, C selalu mencurigai gerak geri B.

Masa berlalu silih beganti. Baru-baru ini C mendapat tahu bahawa A dan B masih lagi berhubung secara diatas talian tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana hubungan mereka, mungkin sebagai kawan ataupun lebih dari itu. Pada C, apa yang pernah berlaku antara A dan B memang tidak dapat dimaafkan tetapi C hanya mengambil tindakan untuk cuba melupakan 'perkara' tersebut namun sehingga ke hari ini C masih lagi teringat-ingat akan kejadian itu.

C juga baru mendapat tahu yang A mengambil kesempatan atas sakit yg dihidapinya (read : pemyakit yg paling ditakuti oleh org perempuan) untuk berhubungan semula dengan B. B pulak beriya-iya untuk membantu A dengan cara mendapatkan nasihat pakar untuk membantu A dan penyakitnya itu. Bagi C pulak..apa yg ditanggung oleh A sekarang tidaklah sesakit mana jika dibandingkan apa yg dirasa oleh C akibat perbuatan yg pernah di lakukan oleh A dan B semasa mereka berhubungan dahulu..mungkin ini lah balasan Tuhan pada A diatas perbuatannya yg suka 'mengambil' (read : merampas) hak orang lain. Yang si B pulak suka melayan. Maka seperti kata orang yg berkulit putih "it takes two to tango"....


Persoalannya di sini :-

Masihkah B menyintai C dan dalam masa yang sama masih berhubungan dengan A?

Perlukan C bersemuka dengan B dan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap hubungan A dan B.?

Apa yg akan terjadi pada mereka? kita tunggu akan kesinambungannya akan datang

Sunday, June 7, 2009



Alahai..sukalah sangat tengok gambar ni..sapa rajin..silalah create kan caption..hehe