Thursday, June 7, 2007

Swasta juga mahu cuti bersalin 84 hari

KUALA LUMPUR 6 Jun – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan supaya memperluaskan cadangan untuk memberikan cuti bersalin selama 84 hari kepada pekerja wanita yang berkhidmat di sektor swasta.
Timbalan Presidennya, Mohd. Shafie BP Mammal berkata, langkah berkenaan perlu kerana pekerja wanita di sektor swasta juga menanggung kepayahan bersalin dan menjaga bayi sama seperti rakan-rakan mereka di sektor awam.
“Kita telah memperjuangkan perkara ini sejak sekian lama dengan jumlah cuti yang dituntut juga lebih banyak iaitu 90 hari dan berharap ia dapat dilaksanakan segera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman semalam yang berharap kerajaan meluluskan cadangan kakitangan awam wanita diberikan cuti bersalin 84 hari berbanding 60 hari ketika ini bagi membolehkan mereka mendapat rehat secukupnya.
Pada Ogos lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengemukakan cadangan kepada Kabinet agar cuti bersalin kakitangan awam dipanjangkan kepada 84 hari atau 12 minggu.
Bagaimanapun, Kabinet meminta kementerian itu membuat kajian semula berikutan tentangan pelbagai pihak yang bimbang cuti terlalu lama akan menjejaskan produktiviti serta menjadi
faktor wanita tidak diambil bekerja.
Menurut Mohd. Shafie, cuti bersalin 84 hari adalah selaras dengan syor Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada tahun 2004 yang menetapkan tempoh cuti bersalin tidak kurang daripada 12 minggu.
‘‘Malaysia termasuk di kalangan segelintir negara yang masih memperuntukkan cuti bersalin selama 60 hari sedangkan hampir 80 peratus negara di seluruh dunia termasuk Singapura, India dan Indonesia telah membenarkan cuti bersalin melebihi 12 minggu,” jelasnya.
Mengenai kenyataan terbaru Shahrizat pada 8 Mei lalu bahawa pihaknya akan menghantar semula memorandum cadangan cuti bersalin lebih panjang itu ke Kabinet secepat mungkin, Mohd. Shafie berharap langkah itu turut melibatkan pekerja di sektor swasta.


source : www.utusan.com.my

Well.. on my opinion :

Good :)
- xtra time for the baby esp to BF the baby
- boleh dapat rehat yg sangaaaaaat cukup
- utk tak membezakan antara private sector n gov sector..org private pun kerja utk negara gak pe?
- for me..boleh gi jalan-jalan lah..aku sukeeeeee!!

Bad :(
- sangatlah membosankan kalau duk terperap kat rumah
- bekarat kepala otak bila dah lama sgt cuti
- muncullah penyakit malas nak kerja..sbb dah biasa duduk rumah
- kalau dah manja sgt duduk rumah..badan pun kembang kembali
- ada kemungkinan lepas nih private sector hanya akan amik anak dare or ppuan menoupause atau mandul jek utk bekerja (see the highlighted)

tapi sapa tanak beb kalau duduk rumah 84 hari and gaji jalan...hahah *peace*

No comments: