Tuesday, June 16, 2009

Kisah di tengah pagi

Kisah ini tiada kena mengena dgn mereka yg hidup atau yang telah tiada..idea semata-mata datangnya adalah dr penulis yg tak dapat tido di kala jam 1 pagi..beliau perlu membuat sesuatu agar matanya benar-benar mengantuk dan membolehkannya beliau tido dengan lena.

"... A dan B pernah menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan C. Namun begitu, tidak lama kemudian..C dapat juga menghidu hubungan A dan B. C mengambil keputusan untuk bertanyakan hal itu dengan B , namun begitu B bermati-mati dan sanggup bersumpah mengatakan yg dia tiada hubungan dengan A. Sejak daripada itu, C selalu mencurigai gerak geri B.

Masa berlalu silih beganti. Baru-baru ini C mendapat tahu bahawa A dan B masih lagi berhubung secara diatas talian tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana hubungan mereka, mungkin sebagai kawan ataupun lebih dari itu. Pada C, apa yang pernah berlaku antara A dan B memang tidak dapat dimaafkan tetapi C hanya mengambil tindakan untuk cuba melupakan 'perkara' tersebut namun sehingga ke hari ini C masih lagi teringat-ingat akan kejadian itu.

C juga baru mendapat tahu yang A mengambil kesempatan atas sakit yg dihidapinya (read : pemyakit yg paling ditakuti oleh org perempuan) untuk berhubungan semula dengan B. B pulak beriya-iya untuk membantu A dengan cara mendapatkan nasihat pakar untuk membantu A dan penyakitnya itu. Bagi C pulak..apa yg ditanggung oleh A sekarang tidaklah sesakit mana jika dibandingkan apa yg dirasa oleh C akibat perbuatan yg pernah di lakukan oleh A dan B semasa mereka berhubungan dahulu..mungkin ini lah balasan Tuhan pada A diatas perbuatannya yg suka 'mengambil' (read : merampas) hak orang lain. Yang si B pulak suka melayan. Maka seperti kata orang yg berkulit putih "it takes two to tango"....


Persoalannya di sini :-

Masihkah B menyintai C dan dalam masa yang sama masih berhubungan dengan A?

Perlukan C bersemuka dengan B dan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap hubungan A dan B.?

Apa yg akan terjadi pada mereka? kita tunggu akan kesinambungannya akan datang

5 comments:

Yulie Elveera said...

zet, antar script ni kat anak wayang!

Soulie said...

cengkerikrama ditengah pagi hehe. mmg drama melayu weih character A as pompuan yang ala2 lembik and memerlukan pertolongan lelaki kira cam damsel in distress lah. and campor plak citer industan sket, character laki tuh musbi none other than laki yang dah berpunyer sbb nak kasik nampak tense sket jalan citer.

aku rasa ending dia nanti character B akan menyanyikan lagu flop poppy kat character A

"Kini aku telah berdua
Masa depan yang tidak kita duga
Ku tahu kau masih mengharap jua
Tapi ku tak bisa meninggalkannya"

zetty said...

yulie : aku tak penah tgk anak wayang...boleh ke anta??

soulie: mak aiii..ko lagi beridea kreatif dari aku...hahahha

Soulie said...

so biler nak sambung citer nie?

zetty said...

Alaaa.. Takde budget laa nk produce drama episode kedua..